Lelaki Ini Mendakwa Ada Bom Dalam Pesawat, Baca Apa Yang Berlaku Kepadanya!


LONDON – Lelaki 47 tahun yang disyaki menipu kononnya terdapat bom di dalam pesawat Qatar Airways dihantar untuk pemeriksaan kesihatan mental.
Polis Greater Manchester berkata lelaki itu diperiksa oleh kakitangan perubatan dan sepasukan pegawai perubatan mental berikutan penahanannya. Polis tidak mengumumkan namanya.
Jet pejuang Britain dikerah bergegas untuk mengiringi Penerbangan 23 Qatar Airways itu yang membawa 269 penumpang dan 13 anggota kru ketika ia dalam penerbangan dari Doha, Qatar. Ia mendarat tanpa sebarang kejadian semalam di lapangan terbang Manchester, destinasi asal penerbangan itu.
Dalam satu kenyataan, Qatar Airways berkata anggota kru pesawat Airbus A330-300 itu menerima ancaman mengenai kemungkinan ada peranti tertentu di dalam pesawat berkenaan dan menghubungi pihak berkuasa Britain dengan serta-merta. – AP
ADA SEBARANG KOMEN??
Paling Viral Minggu Ini
- Benarkah Pasaraya GIANT Tipu Pelanggan? Lihat Bukti-Bukti Yang Dilampirkan Ini!
- Benarkah Manager McDonald's Tidak Benarkan Pekerja Solat Jumaat? Baca Pendedahan Ini
- Undang-Undang Terbaru Di China Ini Amat Melampau, Memang Benci Betul Mereka Dengan Islam!
- Alhamdulillah, Inilah Cerita Di Sebalik Perkahwinan Semula Adam AF dan Fiza Elite
- Kisah Lelaki Ini Pasti Membuatkan Anda Berhati-hati Apabila Membeli Handphone! (10 Gambar)
- (VIDEO) Haritu Kes Steering Lock, Kali Ini Lihat Apa Yang Pemandu BMW Ini Lakukan. Sungguh BIADAP!