Panduan LENGKAP Berhenti Merokok Dalam MASA Yang SINGKAT!
"Belajar SAHAM Cara Profesional!"


"Tips-Tips Kereta Yang Anda 'WAJIB' Tahu! Jangan KENA TIPU!"



"Dibayar RM1000 Hanya Dengan Menulis? Ini Panduannya!"

Selepas Tahu 7 Sebab Ini, Pasti Anda Tidak Akan Membenarkan Anak Kecil Anda Bermain iPad!

Ramai ibu bapa memilih untuk memperkenalkan iPad atau Tab kepada anak mereka seawal usia beberapa bulan. Ada yang beralasan, iPad dapat ‘menjaga’ bayi semasa mereka sedang sibuk membuat kerja. Ada pula yang memberikan iPad dengan harapan, ia mampu mengembangkan otak anak mereka dengan aplikasi dan game khas untuk bayi.
Sebab iPad Tidak Patut Diberikan Kepada Anak Kecil
Namun, benarkah ianya bermanfaat untuk bayi dan anak kecil? Kami berikan anda 7 sebab untuk anda katakan TIDAK!


1. iPad tidak membantu dalam perkembangan otak

Tahukah anda, menurut satu kajian, iPad, tab atau sebarang skrin yang memaparkan rancangan, aplikasi atau permainan pendidikan khas untuk bayi langsung tidak memberi sebarang kesan kepada perkembangan otak bagi anak kecil di bawah umur 2 tahun.

Persatuan Pediatrik Amerika juga mengeluarkan peraturan; menonton TV harus diterhadkan untuk bayi di bawah umur 2 tahun. Bukan sahaja ia tidak membantu dalam perkembangan otak, malah beberapa keburukan juga berpotensi untuk terjadi.



2. iPad mengehadkan penggunaan deria rasa bayi

Dengan menggunakan iPad bayi tidak dapat menggunakan semua deria dengan sepenuhnya. Deria sentuhan juga akan terbatas. Mereka tidak dapat membezakan permukaan yang kasar, licin, lembut atau keras hanya dengan menggunakan skrin iPad. Mereka juga tidak dapat mengenal jenis bau-bauan menggunakan gajet. Ini akan melambatkan perkembangan otak bayi.

Sebaliknya, jika anak anda didedahkan bermain blok kayu, patung-patung lembut, permainan masakan, ia akan merangsang minda anak anda dengan lebih aktif lagi kerana melibatkan semua deria.



3. Bayi belajar dengan lebih baik melalui interaksi sosial

Anak kecil lebih banyak belajar apabila bermain dan berbual dengan ibu bapa kerana mereka dapat mengenal lebih banyak ekspresi muka, emosi, vokabulari dan ia lebih berinteraktif berbanding bermain iPad sendirian.




4. Mengganggu proses perkembangan bahasa bayi
Daripada satu kajian yang dilakukan, TV yang dihidupkan walaupun hanya sebagai bunyi latar di ruang tamu dapat melambatkan proses perkembangan bahasa kanak-kanak! Secara normalnya, ibu bapa akan bercakap lebih kurang 940 perkataan dengan anak mereka. Tetapi, apabila TV dihidupkan, ibu bapa kurang bercakap dan jumlah perkataan yang diucapkan kepada anak mereka jatuh kepada 770 sahaja. Kurang perkataan akan melembapkan perkembangan vokabulari si kecil dan melambatkan kebolehan si kecil untuk fasih bercakap.

Pakar psikologi menasihatkan agar ibu bapa perlu banyak berbual dengan anak kecil mereka sekerap yang boleh tentang apa sahaja. Membaca buku untuk anak sebelum tidur adalah aktiviti yang sangat disarankan kerana mereka dapat mempelajari perkataan baru dengan lebih cepat dengan sebutan yang tepat.



5. Menyebabkan anak membesar dengan tidak aktif

Bermain game di iPad tidak memerlukan anak kecil bergerak dan bermain aktif kerana semuanya sudah ada di depan mata. Perkara ini tidak elok kerana ia dapat menganggu tumbesaran anak anda akibat kurangnya penggunaan sensorimotor dan otot-otot terutamanya bahagian sendi jari-jemari, kaki dan lutut.



6. Mengganggu perkembangan saraf otak bayi

Perkembangan yang tidak aktif dan abnormal akibat bermain iPad terlalu kerap boleh merosakkan saraf otak dan menrencatkan kebolehan anak bergerak secara normal.

Menurut seorang pakar pskiatri kanak-kanak, anak kecil boleh menggunakan iPad tetapi tidak boleh lebih daripada 10 minit dan jangan tinggalkan mereka bersama iPad bersendirian. Berinteraksilah dengan mereka.



7. Menyebabkan perkembangan otak anak kecil menjadi pasif

Apabila kanak-kanak bermain gajet, mata mereka tidak aktif bergerak dan hanya tertumpu pada satu tempat. Fokus mata mereka juga hanya tertumpu untuk benda yang dekat . Ini akan menyebabkan pandangan mereka tidak luas. Akibatnya perkembangan otak juga tidak aktif.

Deria penglihatan bayi harus dirangsang dengan cara merangsang urat saraf mata ke otak untuk perkembangan otak yang berkesan. Ibu bapa boleh membawa mereka bersiar-siar, melihat sesuatu yang tinggi seperti layang-layang, melatih fokus mata melihat benda jauh dan dekat, atau melihat kiri dan kanan.




Walaupun dengan iPad, bayi masih dapat mempelajari warna-warna, pelbagai bentuk serta objek tertentu, ia tidak se-efisien apabila berinteraksi dengan dunia sebenar. Mengapa anda ingin menyogok anak kecil anda dengan dunia digital yang terhad sedangkan mereka boleh membesar dengan persekitaran lebih nyata?

Anak kecil anda perlu lebih banyak mengenali dunia realiti!