Undang-Undang Terbaru Di China Ini Amat Melampau, Memang Benci Betul Mereka Dengan Islam!

.jpg)
BEIJING - CHINA. Pihak berkuasa Karamay di wilayah Xinjiang, China telah mengharamkan penduduk berjambang atau berpakaian Muslim menaiki bas awam dan mereka yang mengingkari arahan akan ditahan.
Menurut laporan media Karamay Daily, mereka yang memakai niqab, hijab, burka atau sebarang pakaian yang mempunyai simbol bintang dan bulan sabit dilarang mengambil bas tempatan untuk ke mana-mana di sekitar bandar.
Jurucakap Kongres Uyghur Dunia (WUC) Dilxat Reaxit berkata, pengharaman tersebut mendorong kemarahan kumpulan hak asasi manusia luar negara dan menyifatkan sekatan ke atas kebebasan agama dan budaya masyarakat minoriti Islam Uighur telah mencetuskan
ketegangan.
"Sekatan yang dikenakan oleh Karamay adalah langkah diskriminasi biasa yang menambahkan lagi ketegangan antara Uighur dan Beijing,"katanya dipetik Channel News Asia
Difahamkan, keputusan terbabit dikeluarkan sehari selepas ketua masjid terbesar di China yang dilantik kerajaan terbunuh selepas mengimamkan solat subuh di bandar Kashgar.
Ramadan lalu, kerajaan China menguatkuasakan larangan berpuasa ke atas pelajar dan kakitangan kerajaan selain telah menggalakkan penduduk tempatan di wilayah terbabit tidak memakai tudung. - Sinar Harian
ADA SEBARANG KOMEN??
Paling Viral Minggu Ini
- Benarkah Pasaraya GIANT Tipu Pelanggan? Lihat Bukti-Bukti Yang Dilampirkan Ini!
- Benarkah Manager McDonald's Tidak Benarkan Pekerja Solat Jumaat? Baca Pendedahan Ini
- Undang-Undang Terbaru Di China Ini Amat Melampau, Memang Benci Betul Mereka Dengan Islam!
- Alhamdulillah, Inilah Cerita Di Sebalik Perkahwinan Semula Adam AF dan Fiza Elite
- Kisah Lelaki Ini Pasti Membuatkan Anda Berhati-hati Apabila Membeli Handphone! (10 Gambar)
- (VIDEO) Haritu Kes Steering Lock, Kali Ini Lihat Apa Yang Pemandu BMW Ini Lakukan. Sungguh BIADAP!