Kritikan Dan Luahan Pelanggan Kiosk Ramly Burger, Betulkah Indah Khabar Dari Rupa?

Malam semalam aku bersama dua rakan yg lain pergi makan Ramly Burger di kiosknya. Niat nak makan Ramly Burger di outletnya sendiri dah lamo. Sejak korang sebarkan bhw Ramly Burger juga mempunyai outlet mcm mekdi. Buek plan seminggu baru boleh poie sesamo. Peh sibuk mcm Perdano Montori masing-masing. Ha Ha Ha. Walaupun makanan ruji kami ialah nasi tapi sesekali nak jugak makan burger beb. Lepas solat Isyak teruslah kami ke kiosk Ramly Burger yg dituju. Sampai je trus den snap amik gmbr pakai kamera handset.
1] Perut dah lapar, apo lagi tggu, orderlah. Alamak kaunter dio bukak satu je. Kono beratur panjang. Jadi den ditugaskan amik order. Cis. Kalau tgk dlm gmbr kek atas mmg itu je kaunternya. Aduhai. Dalam reramai beratur tu ado 2 org cino beratur sekali. Den ingat ni musti cino yg boikot mekdi. Bagus la. Walaupun beratur panjang tapi copek. Den masuk line queue beratur kemudian sampai ke kaunter kurang drpd 5 minit. Wow, respek.
2] Den pun amik order.
“Bang, mintak 3 set oblong kambing. Yang set punya air tin Pepsi, nak tukar ke encik?”
“Tukarlah, malas la minum air gas. Kalau tukar harga sama ke?”
“Tambah 50sen cik. Ini airnya” Sambil tunjuk ke kiri den.
Alamak air cap Nestle. Ini barang wajib diboikot. “Bagi je lah air mangga tu”
“Ok encik amik ni” Sambil beri kad kecil tulis nombor 3.
“Ape ni?”
“Angka giliran. Nanti kami panggil encik bila dah siap nanti”
3] Patut la copek beratur. Pakai sistem angka giliran rupo ey. Member ajak duk luar sbb nak isap rokok. Den cakap kalau duk luar mcm mano nak dgr budak kaunter panggil nombor kito. Okay stay dlm. Aircond mmg sejuk bai. Mmg caya. Hargo satu set Oblong Kambing rm9.50. Tukar air jadi rm10. Murah jugaklah. Dlm set tu ado air, kentang goreng dan oblong kambing.
4] Hati member dah start paneh. Member merungut. Dah 10 minit tggu, tapi order tak sampai-sampai. Den bg sabar. Sabarlah, order tgh byk tuh.
5] Kali ni hati den pulak yg paneh. Dah 20 minit, budak kek kaunter tak jugak panggil nombir giliran yg den tgh pegang nih. Budak tuh asik sebut nombor giliran org lain je. Fuhhh, sabar-sabar
6] Minit ke-25 barulah nombor giliran kami dipanggil. Aduh fail siot.
Ini bukan fastfood beb. Kalau order oblong unta maun 4 hari 4 malam baru siap kot. Yolah kono tggu daging unta drpd Saudi beb. Den pun amik set yg di order.
Bang, mana sos?”
“Tepi ni je bang” Sambil tunjuk bahagian kanan den.
Kalau kek mekdi, kito main picit je tombol tu baru keluar sos. Tapi kiosk ni main botol bosa. Muncung tu ado 2 lubang. Bilo picit botol dio kluar sekali byk. Ok laa.
7] Besar ni je oblong Ramly. Member den komplen. Mmg kurus dan slim oblongnya. Dlm kepalo otak den, oblong ni mesti samo saiz mcm Prosperity Burger mekdi. Meleset sekali andaian den. Tgk gmbr kek atas. Den letakkan oblong kambing kek sebolah henfon den jenis Samsung model Champs. Kocik kan? Air manggo cap Nestle pulak, cawannya kecik je. Tak samo saiz dgn cawan saiz regular mekdi. Lepas tu raso kentang goreng lak. Adus tak sodap langsung raso ey. Pedulik lah. Perut dah lapar. Den terus makan oblong kambing. Hak ala ado sehelai sayur je. Raso oblong kambing tu boleh tahan la. Member den yg sorang trus hilang selera makan. Menyesal den dtg. Rungutnya. Oblong kambing yg dio punyo, dio bg den. Mcm tu lah member. Ngeee…<
8] Prestasi kiosk Ramly Burger ni kira serderhana shj. Kiosknya sempit sbb dio jual sekali makanan frozen food keluaran Ramly. Takdo wifi. Takdo tv. Mmg kiosk ni bukan tmpt lepak yg sesuai utk anak mudo. Time operasinya bermulo 10 pagi sampai 10 malam. Org cari mekdi jugak kalau lapar tongah malam. Tapi tandas kiosk ni mmg tip-top. Bersih siap shining sekali.
9] Hargo mmg murah tapi kalau makan tak puas hati pun tak guno jugak. Sudah la order yg dipesan lambat siap. Sbg bekas pokojo restoran fastfood, polisi tmpt den kojo dulu bilo customer masuk beratur, customer tu sampai ke kaunter haruslah bwh 7 minit. Lps tu amik order kurang 1minit. Akhir sekali, setelkan order customer tu kurang 2 minit. Kalau ordernya byk dan amik maso nak siapkan ordernya, mako customer itu akan dibawa ke topi. Layan customer yg kek belakang pulak. Mano ado restoran fastfood pakai sistem nombor giliran bai. Ingat ini klinik kjaan ke?
10] Sesuatu perlu dilakukan kalau Kiosk Ramly Burger mahu bersaing dgn restoran fastfood antarabangso. Setakat yg den hadap, mmg tak ke mano Kiosk Ramly Burger nih. Setakat gitu-gitulah.
11] Antara cadangan-cadangan den utk memperkasakan Kiosk Ramly Burger ialah :
- Asingkan premis jualan frozen food dgn Kiosk Ramly Burger.
- Kiosk haruslah dilokasi yg strategik. Tmpt tumpuan org ramai. Kalau boleh buek premis Kiosk Ramly burger kek sebolah premis mekdi. Mcm KK Mart lawan 7E. Premis diorg sebolah menyobolah je bro. Barulah Kiosk Ramly Burger benar-benar jadi alternatif kpd mekdi.
- Kentang goreng kasi sodap la bro.
- Kiosk Ramly Burger wajiblah berjiwa fastfod. Order yg dipesan mestilah disetel dgn copek. Jgn bagi nombor giliran kpd customer. Sistem nombor giliran amat dibonci oleh customer.
- Meja dan kerusi kasi design yg berlainan dgn restoran-restoran fastfood lain. Biarlah unik drpd restoran fastfood yg lain. Cipta identiti sendiri.
- Sediokan wifi dan tv kpd customer.
- Jgn jual air jenamo Nestle. Nestle masih dlm senarai boikot rkyt Msia. Pakailah jenamo air sendiri. Barulah class brader!
- Yang lain-lain kenkawan boleh tambah sendiri. Ngeee...
12] Kalaulah Malaysia sign perjanjian TPPA (sesuatu yg amat dibenci oleh den dan rkyt Msia yg lain), Ramly Burger bolehlah amik kesempatan drpd perjanjian itu utk meluaskan sayap kiosknya ke negara-negara anggota TPPA yg lain.
Den harap apo yg den tulis ini tidak disalahanggap sbg satu tulisan kondem terhadap Kiosk Ramly Burger. Mungkin den tak tahu kiosk ini baru bermulo mako mmg byklah kesilapan yg mrk sdg dilakukan. Ruang penambahbaikkan itu ado. Mako tutuplah ruang itu supayo customer sentiaso berulang ke kiosk anda. Ramly Burger haruslah copek tutup kelemahan ini krn ratusan ribu customer mekdi sdg mengalih perhatian kpd kiosk anda krn isu boikot Israel. Kalau Kiosk Ramly Burger menyajikan servis yg tidak berkualiti, mako para customer mekdi akan kembali makan mekdi. Jgn lepaskan peluang keemasan ini bro!
Sumber: aans1.blogspot.com
Mesti Tengok! Adakah Ini Gambar Kereta Raja Bomoh Penampar Buaya? JANGAN TERKEJUT!
Banyak bebeno anugerah yang raja bomoh vip nih dapat. Sampaikan gelarkan diri khalifah agung diraja peringkat kebangsaan.Jakim dah fatwakan amalan perubatan raja bomoh sebagai sesat dan khurafat. Sesat-sesat dia pun banyak dapat anugerah power sungguh pukulan raja bomoh vip nih.
Kecoh Di Laman Sosial Dengan Gambar Kereta Ini Yang Dikatakan Milik Raja Bomoh VIP 1 Malaysia, tapi kesahihan berita ini masih belum dapat dipastikan.
Menakjubkan! 'Smartphone' Ini Masih Berfungsi Walau Sudah 6 Minggu Terbenam Di Dasar Laut
Pemain ski air yang berasal dari Gothenburg, Sweden menjumpai semula smartphone Sony Xperia Z2 miliknya setelah hilang di dasar laut selama 6 (enam) minggu. Kisah mengagumkan itu pertama kali tercatit di media tempatan Sweden.
Alexander Maxen secara sengaja menjatuhkan telefon miliknya ke dalam laut yang memiliki kedalaman 10 meter. Seperti yang sedia maklum, Xperia Z2 hanya boleh bertahan terendam di dalam air tawar (bukan air laut) dengan kedalaman 1,5 meter selama 30 minit.
Ketika Maxen dan rakan-rakannya sampai di pantai, mereka cuba melakukan panggilan telefon ke telefon itu dan hebatnya telefon itu masih boleh dihubungi. Tetapi, kerana tidak membawa peralatan selam, mereka tidak dapat mengambil telefon itu lalu dibiarkan sahaja telefon tersebut tenggelam.
Enam minggu kemudian, rakan Maxen menyelam di lokasi yang telah berjaya menemui telefon terbabit, dipetik dari Ubergizmo, Rabu (13/8/2014).
Meskipun telah mengalami beberapa kerosakan luaran, seperti panel belakang yang retak dan bateri yang hampir rosak, mereka terkejut ketika melihat lampu indikator bateri masih menyala. Smartphone itu bahkan masih boleh melakukan proses booting dengan sempurna dan mampu melakukan panggilan telefon.
Ini bukan kali pertama smartphone keluaran Sony boleh bertahan di dalam air, setelah terendam melebihi had. Tahun lalu, sebuah Sony Xperia V masih berfungsi dengan baik setelah empat hari terendam di dalam laut. - Sumber: SiakapKeli.com
Pengetua Terpaksa Menjadi Bidan Apabila Seorang Guru Wanita Bersalin Di SMK Taman Desaminium

Satu kejadian yang jarang berlaku di sekolah di mana seorang guru wanita telah melahirkan anaknya di sambut oleh pengetua sekolahnya.
Kejadian dilaporkan berlaku di SMK Taman Desaminium, Seri Kembangan.
Walaubagaimanapun tali pusat bayi tersebut masih belum dipotong kerana menunggu ambulan dan pihak perubatan sampai ke sekolah tersbut.
Alhamdulillah ibu dan bayi tersebut selamat. Tahniah.
Sumber: aans1.blogspot.com
Ini SERIUS!! Buku Pesong Akidah Kanak-Kanak Islam Kini Tersebar (3 Gambar)
Lagi buku kanak-kanak memesongkan akidah anak-anak muslim ditemui di negara ini.
Sudah banyak buku yang menggunakan tema sebegini untuk mengelirukan anak-anak kita. Dimanakah pemantauan?
Pihak berkuasa tidak boleh berlembut dengan golongan ini. Memang sudah terang dan jelas niat mereka memesongkan anak-anak orang muslim. Kerajaan harus tegas dalam hal ini.
Mohon para ibubapa/penjaga memantau bahan bacaan anak-anak anda. – Media Online


MOHON SEBARKAN!
Padah Mahu 'Selfie' Di Cenuram, Pasangan Maut Terjatuh Depan Mata Anak Mereka Sendiri!

CABO DE ROCA: Pasangan warga Poland yang sedang bercuti bersama anak-anak mereka di Portugal mati setelah jatuh gaung ketika cuba bergambar `selfie’ di tebing sebuah cenuram.
Menurut portal beritaMashable, penyiasat percaya pasangan itu melepasi halangan berhampiran tebing cenuram Cabo de Roca untuk bergambar `selfie’, apabila mereka tergelincir dan jatuh ke gaung.
Anak-anak mereka yang berusia 5 dan 6 tahun, walau bagaimanapun, terselamat kerana berada di belakang pagar halangan.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.
Mayat mereka ditemui Isnin, selepas cuaca buruk memaksa pegawai penyelamat menangguhkan pencarian mereka sebelum itu.
Anak-anak mangsa kini berada di bawah jagaan diplomat Poland. Mereka juga akan diberi kaunseling bagi menangani trauma setelah melihat kematian ibu bapa mereka, laporthe Independent.
Cabo de Roca ialah puncak paling ke barat Eropah, berlatar belakangkan Lautan Atlantik.
Ini bukan kali pertama bergambar `selfie’ menjadi satu langkah berbahaya.
Pada 5 Ogos, Oscar Otero Aguilar yang berusia 21 tahun mati tertembak setelah bergambar `selfie’ dengan senjata tersebut.
Pada 31 Julai, Francois Hofer dipijak lembu jantan di Perancis ketika cuba mengambil gambar `selfie’ di hadapan haiwan itu. Dia bernasib baik kerana terselamat.
Pada April tahun lepas, seorang wartawan Sun Sports di Fox, Kelly Nash hampir terkena bola besbol di kepalanya ketika bergambar `selfie’ semasa perlawanan antara Astros-Red Sox. – Astro Awani
5 Kanak-kanak Islam 'Ajaib' Yang Pernah Mengemparkan Dunia, 'The Living Legends!'
5 Kanak-kanak Islam Yang Ajaib Pernah Mengemparkan Dunia | Setiap ibu bapa dalam dunia ni sudah semestinya mengimpikan anak yang sihat tubuh badan, anak yang mampu menjadi anak soleh/solehah, dan anak yang baik-baik belaka. Perkara ini sememangnya tidak mustahil kerana terdapat surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh dibaca oleh ibu bapa semasa anak dalam kandungan dan juga ketika ini terdapat teori-teori tentang amalan untuk ibu mengandung bagi mendapatkan anak yang baik.
Allah S.W.T memang berkuasa keatas manusia bahkan seluruh makhluk dan hidupan dibumi ini. Ini terbukti apabila lima kanak-kanak yang genius ini berjaya menggemparkan dunia. Siapakah diri mereka sebenarnya? Untuk itu, mari kita lihat senarai lima anak kecil beragama Islam yang sangat genius dan ajaib hingga menggemparkan dunia.
Berikut 5 Anak Ajaib Islam Yang Mengemparkan Dunia:
1. Akrit Jaswal
Akrit Jaswal yang mempunyai IQ 146 (manusia terpintar di India) sejak berusia 7 tahun ia sudah mampu melakukan operasi pembedahan secara otodidak
2. Sayyid Muhammad Husein Tabataba’i
Sayyid Muhammad Hussein Tabataba’i seorang kanak-kanak yang sudah berjaya menghafal surat-surat dalam Al-Qur’an dan mampu menafsirkannya. Beliau juga telah menerima gelaran Doktor di usia tujuh tahun di Hijaz Collage Islamic University di UK.
3. Abdurrahman Farih
Di bumi Aljazair, ada anak genius yang berusia tiga tahun bernama Abdurrahman Farih mampu menghafal Al Quran hanya mendengar orang lain membaca Al Quran sejak ia masih di dalam kandungan ibunya.
4. Ali Yakubov

Di Rusia kemunculan ayat-ayat ‘Al Quran” di sekitar tubuh bayi yang berusia sembilan bulan bernama Ali Yakubov, telah membuat 2000 orang Muslim dari kawasan utara Rusia mendatangi untuk melihatnya.
5. Syarifuddin Khalifah
Syarifuddin Khalifah, seorang anak ajaib, lahir di Arusha, di bahagian utara Tanzania (sebuah negara di Afrika Timur) pada usia satu setengah tahun sudah mampu menghafal Al-Quran dan juga mampu mendirikan solat lima waktu. Apa yang lebih mengejutkan apabila dia bukanlah seorang anak dari ibubapa yang beragama Islam. Beliau telah mengislamkan lebih dari ribuan orang.
MasyaAllah!
Kredit : fuh.my
Kisah Sukarelawan Malaysia Di Palestin Ditegur Anggota Briged Al Qassam, 'WAJIB' BACA!
Kehebatan Briged Al Qassam dalam berjuang mempertahankan maruah dan kedaulatan Palestin di Gaza memang amat digeruni oleh Rejim Zionis laknatullah.
Dalam berjuang mempertahankan Palestin Briged Al Qassam amat menitikberatkan disiplin dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT sehingga setiap anggota diwajibkan untuk sentiasa solat berjemaah dan menghafaz surah-surah dalam Al-Quran.
Kisah di bawah ini di copy-paste daripada FB sebagai perkongsian buat semua pembaca.
Kisah seorang petugas sukarelawan Malaysia di Gaza .
Sehinggalah..menjejak kaki di bumi Gaza...apabila ditegur oleh seorang anggota Alqassam semasa pergi ke kem di Jabaliya Soalan pertama dia tanya.. " anta isap rokok tak? " saya jawab..hisap tapi di malaysia.. Di gaza tak hisap lagi..
Lepas itu..dia senyap dalam 3,4 minit..saya tunggu soalan yang seterusnya..kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua.. Mungkin dia takut..saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya..kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.baru dia bertanya semula. "Anta sayang tak Rasulullah?" Saya dengan pantas menjawab.."mana mungkin tidak sayang..mestilah sayang...!"
Dia kemudian memberi penerangan ...."kalau sayangkan Rasulullah..kita tidak akan buat apa yg Rasulullah tidak suka buat..Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain..Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap... Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk.." Katanya lagi.."agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka..Rasulullah sayang tak dengan kita??"
Saya senyap terus..airmata mngalir..berasa sebak dan pilu dalam hati...selepas hari tu sehingga kini.saya dah tidak menyentuh rokok.. Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak rokok pun saya tak mahu .. Sekadar pengajaran...
Kredit: Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff
Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka hati kita untuk bermuhasabah, tentang sejauh manakah kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW.
Briged Al-Qassam Gaza Palestine Solat Berjemaah
Benarkah Neelofa Bakal Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Negeri Sembilan?

Pelakon terkenal, Neelofa kini sedang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang kerabat diraja dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Entah macam mana gosip ini boleh tersebar namun sehingga kini beliau enggan bercerita lanjut mengenainya dan meminta supaya semua wartawan memberinya ruang.
Kredit: katakcomel.my
Baca Apa Tindakan McDonald Apabila Pelanggannya Jumpa Lambang Nazi Bawah Roti Burger Yang Disediakan!

McDonald telah dipaksa untuk meminta maaf kepada pelanggannya di AS selepas pelanggannya itu menerima burger ayam dengan lambang Nazi yang diukir di bawah roti menggunakan majerin.
Charleigh Matice, dari Carteret County di North Carolina, membeli burger tersebut melalu pandu lalu di sebuah McDonald cawangan tempatan yang mana dia dan anaknya dan memesan burger ayam.
Apabila dia membukanya untuk menambah mayonis dia mendapati simbol Nazi terukir di bawah roti buger terbabit.
Matice mengembalikan burger itu ke restoran, di mana titik dia telah ditawarkan untuk menggantikan makanan yang dipesanya. Tetapi Matice memberitahu WCTI Channel 12 News dia telah kehilangan selera makan pada ketika itu dan menuntut bayaran balik.
"Adakah ini jenaka? Adakah seseorang benar-benar berfikir mereka adalah lucu? "Katanya. "Ramai orang mati kerana simbol itu dan ia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia bukan sesuatu yang boleh dilepas tangan. "
Matice katanya penemuannya lambang Nazi itu amat menyakitkan hati, lebih-lebih kerana datuknya telah berjuang dalam Perang Dunia Kedua.
McDonald mengakui bahawa kejadian itu adalah "tidak boleh diterima" dan berkata bahawa pekerja yang terlibat telah dipecat.
Gadis Ini Susukan Kucing Kesayangan Beliau Dengan Susu Badannya Sendiri!

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Sandra El de Souza telah berkongsi satu status yang mengundang persoalan dan kepelikkan orang ramai apabila tindakannya membiarkan anak kucing menyusu susu beliau.
Wanita tersebut mendedahkan secara terbuka seekor kucing peliharaannya enggan menyusukan anak kucing yang baru lahir. Anak kucing itu bertindak memanjat dada Sandra.Tanpa berfikir panjang, dia terus menyuapkan mulut anak kucing berkenaan dengan pu-ting-nya dan membiarkan anak kucing itu menyusu.
Yang menjadi tanda tanya di sini adalah apakah tindakannya itu bertentangan dengan agama dan dia meminta jawapan dari rakan-rakannya melalui Facebook.
Sumber: katakcomel.my
Kisah Pertunangan Satu Saat, Pasti Anda Rasa Nak SHARE Selepas Baca!

Kawin itu mudah kalau kita mudahkan!
1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku,
tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya
"mu nak nikah tak harini?"
suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha.
ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku ,
dia tanya "ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?"
ustaz tu cuma jawap " boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat"
ayah aku jawap "orang tak buat biar saya buat"
dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga, dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku
mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.
inilah kisah bertunang sesaat
ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal, sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua,
Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh,
ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku,
10/5/2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia,
memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah,
sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee
inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang,
kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot,
insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah,
jadi berzina itu jadi mudah!
Perkongsian Daripada Facebook Mira Pak Nasir
CANTIK! Inilah 12 Gambar Anak Gadis Rosyam Nor Yang Anda Tak Pernah Lihat
Mungkin sekarang Rosyam Noor sudah bergelar mertua kepada suami anak sulungnya, Arniesha Azureen, 24. Arniesha Azureen dan suaminya sudah bertunang pada bulan Oktober 2012 yang lalu.
Beberapa keping gambar diambil ketika anak sulung perempuan Rosyam menunju jalan membina masjid.Wah memang cocok dan sepadan juga dengan suaminya, hensem. Semoga berbahagia. -gambar Ryaniez Moments Photography
Kredit Kpd : Izyan.Com
Di Sebalik Bunga Raya Cantik Ini, Ada Khasiat Yang Anda Tak Tahu!

Umum tahu bunga raya adalah bunga kebangsaan dan juga cantik, tetapi tahukah anda bunga raya juga mempunyai khasiat yang boleh menghitamkan rambut.
Dipetik dari sebuah akhbar tempatan, lendir bunga raya yang diramas dengan mencampurkan sedikit air dipercayai dapat membantu menghitamkan rambut.
Ia juga dapat menyejukkan kulit kepala dan membantu melebatkan rambut. Bagi mereka yang demam, lendir daun bunga raya juga boleh dijadikan rawatan alternative untuk menurunkan suhu badan.
Selain itu, daun bunga raya juga boleh digunakan secara meluas untuk merawat bisul, luka atau kegatalan pada kulit. - tupai.com.my
Macam Tak Percaya, Inilah Datuk Bandar TERMUDA Di Dunia.Umurnya Bakal Mengejutkan Anda!

Dorset (Amerika Syarikat) – Robert ‘Bobby’ Tufts kelmarin kalah dalam usaha mempertahankan jawatan datuk bandar buat kali ketiga di bandar kecil di utara Mnnesota ini.
Bagaimanapun, kanak-kanak berusia lima tahun itu langsung tidak kecewa.
Selepas membantu memungut wang untuk badan kebajikan tempatan dan mengisytiharkan aiskrim sebagai makanan utama di bandar itu, Tufts berkata, sudah tiba masanya untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa.
“Ia memang menyeronokkan tetapi sudah tiba untuk menyerahkan jawatan itu kepada yang menang,” kata Tufts sehari selepas dia kalah dalam pilihan raya tahunan di Dorset.
Tufts menjadi datuk bandar di bandar kecil itu yang penduduknya berjumlah 28 orang memandangkan Dorset tidak mempunyai kerajaan tempatan rasmi.
Orang ramai boleh mengundi beberapa kali yang mereka kehendaki dengan bayaran AS$1 (RM3.20) bagi setiap undi.
Datuk bandar baru ialah Eric Mueller yang berusia 16 tahun. – Agensi
EKSLUSIF: Adakah Ini Punca Sebenar Kematian Aktor Robin Williams?

Aktor Terkenal Robin Williams Meninggal Dunia.
Menurut laman portal Republika Online, buat masa ini, siasatan dijalankan mengambil kira punca kematian beliau sebagai bunuh diri. Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi lagi dikeluarkan buat masa ini.
Jika Anda Mengalami 8 Tanda Ini, Maknanya Anda Perlu Cari Pekerjaan Baru!

1. Sudah tidak ada passion dalam bekerja
Anda mesti rasa sengsara jika terpaksa bangun pagi setiap hari ke pejabat dan perlu lakukan kerja-kerja yang anda tidak suka. Perasaan bosan di mana apabila bekerja anda lakukan ala kadar sahaja. Untuk berjaya dalam kerjaya, anda perlu ada perasaan ‘seronok’ dan semangat untuk melakukan yang terbaik, barulah dapat naik pangkat dan gaji.
2. Masalah kewangan syarikat
Jangan cari masalah dengan pilih untuk setia dengan syarikat yang asyik melengah-lengahkan bayaran gaji anda. Anda ada pelbagai bil untuk dibayar jadi masalah kewangan syarikat adalah masalah kewangan anda juga.
3. Tidak suka dengan rakan sekerja/bos
Perkara ini sebenarnya biasa berlaku dalam mana-mana syarikat. Anda perlu cuba atasi perkara ini terlebih dahulu Namun jika ianya melampau dan melarat, dan anda tidak nampak sebarang penyelesaian lain, rasanya eloklah anda angkat kaki dari situ.
4. Rasa tertekan dan negatif yang konsisten
Tekanan di tempat kerja sebenarnya merupakan perkara biasa. Namun jika ia sampai menjejaskan fikiran, ketenangan dan kehidupan anda, ada baiknya anda cari pekerjaan baru. Tekanan di tempat kerja sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan anda secara fizikal atau mental malah lebih teruk lagi jika kedua-duanya sekali.
5. Tidak serasi dengan budaya syarikat / sudah hilang kepercayaan dengan syarikat
Mungkin ada etika atau polisi syarikat yang anda rasa salah tetapi anda ‘paksa’ diri mematuhinya demi memenuhi kehendak kerja. Misalnya jika syarikat anda jenis yang mengamalkan rasuah untuk mendapatkan kontrak ataupun anda perlu menemani klien ke tempat-tempat hiburan walhal anda bukan orang yang selesa dengan persekitaran begitu.
6. Kerja sehingga hilang keseimbangan hidup
Anda perlu pertimbangkan untuk mula mencari kerja baru jika kebanyakan masa anda dihabiskan untuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk diluangkan bersama keluarga.
7. Tidak ada peluang untuk menonjolkan bakat atau kebolehan anda
Adakah pihak pengurusan masih tidak ‘nampak’ kebolehan anda walaupun anda telah berusaha bersungguh-sungguh? Semua cadangan anda tidak pernah diterima pakai dan anda juga tidak dapat kenaikan pangkat walaupun sudah bertahun-tahun memberi sumbangan? Jangan buang masa anda dan pergilah tempat yang boleh memberikan anda peluang-peluang tersebut.
8. Kerja makin bertambah tapi gaji tetap sama
Ini juga salah satu tanda anda perlu mencari pekerjaan baru. Terutama sekali jika anda dapati prestasi syarikat makin maju dan stabil tetapi tidak ada sebarang ganjaran yang diberikan kepada pekerja-pekerja. Tidak ada untungnya biarkan diri anda ‘diperah’ ,dibuli dan dipergunakan oleh majikan.
Sumber: wanista.com
(MESTI BACA) SURAT TERBUKA KEPADA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA!

SURAT TERBUKA KEPADA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim…
PER : USAHA MENINGKATKAN EKONOMI BUMIPUTERA MELALUI PEMILIKAN EKUITI
Kehadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Semoga Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.
Sebelum saya memulakan warkah ini izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Faizal Yusup dan saya seorang remisier dari Kenanga Investment Bank berhad juga Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera. Saya telah berkecimpung dalam Industri pasaran saham sejak tahun 1996. Apapun surat ini saya tulis atas kapasiti individu.
Usaha meningkatkan ekonomi Bumiputera melalui pemilikan saham sebanyak 30% sejak Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan sejak tahun 1970 oleh ayahanda Datuk Seri sehingga kini masih belum dapat dicapai walaupun setelah lebih 40 tahun ia dilancarkan. Disamping itu juga semua ketahui yang rakyat Malaysia terbelenggu dalam paras pendapatan sederhana sejak sekian lama.
Pemberian BRIM sejak 2 tahun lalu kepada kelompok golongan pendapatan rendah hanyalah sebagai cenderahati kecil yang membawa kepada kenaikan perbelanjaan kerajaan atau dalam ertikata lain ia menggunakan duit pembayar cukai.
Di sini saya ingin memberi satu cadangan yang mana sekiranya ia digunapakai maka saya percaya ia akan membawa kepada perubahan kepada industri pasaran modal secara total.
Salah satu pendekatan yang mudah dan praktikal ialah dengan meningkatkan ratio peruntukan saham terbitan Awam (IPO) kepada pelabur runcit ke paras yang lebih tinggi. Untuk pengetahuan Datuk Seri sebelum tahun 1997 iaitu tahun kejatuhan pasaran saham disebabkan krisis kewangan Asean nisbah peruntukan saham kepada Pelabur Runcit ialah 70% dan hanya 30% di peruntukan kepada Institusi dan pada masa itu pasaran primary IPO ini berkembang dengan pesat dan ini menyaksikan kenaikan penyertaan pelabur runcit dalam Bursa Malaysia secara mendadak. Pembelian saham IPO membawa keuntungan kepada ramai pelabur runcit termasuklah mereka-mereka yang terlibat dalam industri seperti dealer dan remisier, koperasi, syarikat yang melabur saham, syarikat pengurusan aset dan sebagainya.
Ini kerana tatkala saham IPO ini disenaraikan Institusi yang tidak mendapat peruntukan saham-saham IPO ini akan bersaing antara satu sama lain bagi mendapatkannya pada hari penyenaraian lantas mereka membelinya dari tangan para pelabur awam. Berbeza dengan pelabur awam yang jangkamasa pegangannya yang lebih pendek, Institusi membeli saham-saham tersebut bagi tujuan pelaburan jangkamasa panjang. Apa yang penting ialah saham yang dibeli itu ialah saham yang punya kedudukan kewangan yang kukuh.
Namun demikian kejatuhan pasaran saham disebabkan oleh kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia pada tahun 1997 telah menyebabkan pasaran IPO ini menjadi layu. Setiap IPO baru yang diterbitkan mengalami kekurangan langganan dari pelabur runcit lantas sebagai jalan penyelesaian ia akhirnya diperuntukan kepada Institusi. Jadi rationya berubah dari 70% kepada pelabur runcit sekarang ia hanya tinggal lebih kurang 30% dan pelabur institusi pula menyaksikan kenaikan dari 30% kepada 70% secara kasarnya.
Apapun setelah 17 tahun berlalu pelabur runcit telah mula kembali ke dalam pasaran memandangkan pendapatan dan simpanan yang telah meningkat juga disebabkan mereka tak punya tempat lain untuk melabur. Contoh pelaburan komoditi emas telah menjadi terlalu berisiko kerana harganya komoditi tersebut telah berada pada paras yang tinggi begitu juga keadaannya dengan pelaburan Properties atau Real Estate.
Di sini saya sertakan carta prestasi IPO di pasaran Bursa Malaysia berakhir pada 2 Jun 2014. Ia jelas menunjukkan prestasi kenaikan yang baik dengan premium bagi setiap penyenaraian sejak awal tahun 2013. Ada kaunter yang naik sebanyak 160% pada hari penyenaraian dan pastinya ia merupakan pelaburan yang menguntungkan dan berbaloi.
Seterusnya saya sertakan fakta dan carta IPO terbaru dan terkini REACH ENERGY BERHAD yang akan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 15 Ogos ini.
Dalam Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan pihak MIH kita dapat lihat yang 23821 orang pelabur memohon sejumlah 857,295,800 unit saham dan hanya 3,208 yang berjaya diperuntukkan sebanyak hanya 20,000,000 juta saham sedangkan syarikat ini menerbitkan sejumlah 1,000,000,000 juta saham terbitan baru secara keseluruhan. Ini hanya 2% sahaja dari keseluruhan jumlah peruntukan. Adakah 2% ini hanya sebagai sedekah amal jariah atau hanya bak kata pepatah melayu "melepaskan batuk di tangga"? Siapa pula yang mendapat sebahagian besar 980 juta saham yang lain itu?
Dengan andaian 30% diperuntukkan kepada pelabur runcit, maka peruntukan seharusnya ialah sebanyak 300,000,000 unit saham dan ia masih jauh lebih rendah dari jumlah keseluruhan permohonan iaitu sebanyak 857,295,800 unit.
Dengan andaian 30% diperuntukkan kepada pelabur runcit, maka peruntukan seharusnya ialah sebanyak 300,000,000 unit saham dan ia masih jauh lebih rendah dari jumlah keseluruhan permohonan iaitu sebanyak 857,295,800 unit.
Datuk Seri, bukankah meningkatkan ekonomi 23821 orang pelabur runcit jauh lebih baik dari meningkatkan jumlah 3208 orang sahaja?
Saya berpendapat dengan keadaan demografi semasa sebanyak 50% seharusnya diperuntukan kepada pelabur awam iaitu sebanyak 500,000,000 diperuntukkan kepada pelabur awam. 500 juta unit saham ini sebenarnya hanya separuh dari permohonan keseluruhan sepertimana yang kita boleh lihat dalam fakta di atas.
![]() |
Senarai peruntukan 10 juta saham kepada Bumiputera |
Dalam carta ini pula jelas menunjukkan hanya 14% iaitu 1,597 orang pelabur diperuntukkan 10 juta unit saham sedangkan yang memohon ialah 10,839 orang pelabur. Kebiasaannya dari pemerhatian saya dalam lingkungan 15,000 orang pelabur yang memohon sesuatu saham IPO. Mungkin ia rendah kali ini disebabkan permohonannya dibuka di musim perayaan Aidil Fitri.
Di sini juga kita dapat lihat 11 daripada 14 pelabur yang memohon sebanyak sejuta unit dengan meletakkan modal sebanyak RM750,000.00 hanya mendapat peruntukan sebanyak 11,000 unit saham sahaja. Bukankah semua ini tidak masuk akal?
![]() |
Senarai peruntukan 10 juta saham kepada Bukan Bumiputera |
Datuk Seri,
Bagi peruntukan pelabur Bukan Bumiputera juga kita dapat lihat perkara yang sama berlaku. Permintaan yang jauh lebih tinggi dari penawaran. Kebiasaannya dari pemerhatian saya permohonan IPO bagi Bukan Bumi ini ialah sekitar 50,000 permohonan. Mungkin mereka juga berputus asa oleh sebab keadaan ini. Mungkin ia hanya membuang masa mereka untuk memohon.
Lebih teruk lagi tidak seperti kebanyakan saham-saham IPO yang lain dimana ada sebahagian saham tersebut yang diperuntukkan kepada MITI untuk diagihkan kepada pelabur Bumiputera tetapi ini tidak berlaku kepada saham ini.
Kenapa?
Pada pendapat saya dewasa ini pihak Institusi dan Bank Penasihat telah menjadi tamak dan rakus. Mereka hanya memikirkan periuk nasi mereka tanpa memikirkan nasib para pelabur yang ramai yang merupakan rakyat Malaysia yang kebanyakannya terbelenggu ekonominya tanpa ruang dan peluang yang baik untuk menjalankan pelaburan. Andai setuasi ini berlanjutan saya percaya mereka akan melabur dalam instrumen luar negara seperti Forex, Derivatif, Skim Cepat Kaya dan sebagainya yang hanya akan merugikan semua pihak.
Namun sekiranya Datuk Seri sebagai Menteri Kewangan yang pertama faham dan mengambil tindakan serta mengubah polisi peruntukan saham-saham IPO ini maka InsyaAllah ia akan mengubah landskap Industri ini secara keseluruhan. Para pelabur yang ramai baik Bumi atau Non Bumi akan mendapat keuntungannya. Para remisier seperti saya akan dapat meningkatkan pendapatan, Institusi akan tetap mendapat saham-saham mereka dari pasaran terbuka.
Cuba Datuk Seri bayangkan andai 3 billion saham Felda diperuntukkan kepada 3 juta pelabur sebanyak seorang 1000 unit saham pada harga RM4.55 dan ia dibuka pada harga RM5.30 pada hari penyenaraiannya maka setiap seorang dari 3 juta pelabur itu akan mendapat keuntungan sebanyak RM750.00 jadi bukankah ia sama sahaja seperti peruntukan BRIM? Namun demikian berbeza dengan BRIM mereka boleh memohon saham IPO yang akan datang pula dan mendapat keuntungan demi keuntungan dalam setiap IPO yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Ini akan memberikan lebih kurang RM2.25 Bilion kuasa beli tambahan yang mana boleh merancakkan ekonomi negara melalui consumer spending. Ini hanya baru satu penyenaraian!
Selain itu juga perubahan ini akan membuka mata ramai lagi pelabur runcit untuk memasuki pasaran secara tak langsung meningkatkan modal pasaran dan menjadikan Bursa Malaysia lebih kukuh dan besar hingga ia kelihatan di mata dunia. Kenaikan pasaran modal akan membawa keuntungan kepada banyak pihak dan ia juga akan menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara yang kita cintai ini.
Oleh yang demikian, sekali lagi saya menyarankan agar satu polisi dibentuk dimana peruntukan saham IPO dinaikkan kepada 50% kepada pelabur runcit demi mencapai objektif yang telah dihuraikan dalam surat ini.
Sekian sahaja buat kali ini. Saya berdoa semoga surat ini dijodohkan dan sampai ke pengetahuan Datuk Seri dengan penuh pengharapan Datuk Seri mengambil tindakan ke atasnya demi kebaikan ummah khususnya dan demi kebaikan rakyat Malaysia secara umumnya.
Sebagai penutup selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin saya ucapkan. InsyaAllah saya akan ke rumah terbuka Datuk Seri di PWTC nanti.
Sekian,
Wassalam.
Ikhlas,
Faizal Yusup
016 6667430
Nota kaki ;
Kepada sesiapa yang terbaca surat ini dan bersetuju dengan pendapat saya harap dapat panjang-panjangkan surat ini dengan harapan ia sampai ke pengetahuan PM dan semoga tindakan diambil demi kebaikan semua. Terima kasih.
VERSI BAHASA INGGERIS MENYUSUL.
ENGLISH VERSION
VERSI BAHASA INGGERIS MENYUSUL.
ENGLISH VERSION
AN OPEN LETTER TO DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK, PRIME MINISTER OF MALAYSIA
8th August 2014
Bismillahirrahmanirrahim ...
To,
Datuk Seri Najib Tun Razak
The Prime Minister of Malaysia
Minister of Finance 1
Dear Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak,
RE: EFFORTS TO IMPROVE THE CITIZENS ECONOMY THROUGH EQUITY OWNERSHIP
I hope Datuk Seri is healthy and an in the blessings of Allah SWT.
Before I proceed this letter let me introduce myself. My name is Faizal Yusup and I am a remisier from Kenanga Investment Bank Berhad also the Vice President of Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia. I have been in the capital market industry since 1996 and today I wrote this letter in my individual capacity as an industry observer.
Efforts to increase Bumiputera economy through the ownership of shares by 30% since the New Economic Policy was introduced in 1970 by your belated father but until now still not achieved even after more than 40 years it was launched. In addition, most Malaysian citizens have been stuck in the middle-income level for a long time.
BRIM granted since last couple years targeting low-income group acts as small gifts that led to increased government spending or in another perspective the government is using taxpayers' money for that purpose.
Here I want to give a proposal which, if it applies, then I believe it will lead to changes in the capital markets industry in total.
One simple and practical approach is to increase the ratio of the provisions of Initial Public Offer (IPO) to retail investors to a higher level. For your information Datuk Seri, prior to 1997, the year when the stock market crash due to the Asean Financial Crisis the ratio of shares allocated to retail investors stands at 70% and only 30% were allocated to institutions and at that time of the IPO Primary Market is growing rapidly and at the same time it increases the retail investors participation in Bursa Malaysia dramatically. IPO investments returns at that time were lucrative not only to retail investors but it also benefits those involved in the industry such as a dealer, remisiers, cooperatives, companies, asset management companies and so on.
This is because when the IPO were listed, institutions will be competing with each other to purchase it on the debut day thus they will buy it from the hands of retail investors. Contrary to public investors who holds the stocks for a shorter period, institutions buy the shares for long term investment purposes. What is important is that they collect shares of companies with strong financial background.
However, the stock market crash caused by the depreciation of Ringgit Malaysia in 1997 dampens the IPO market. Each new IPO issued were undersubscribed. There are shortages of retail investors and thus as a solution, it were finally allocated to the Institutions. So the ratio was change from 70% to retail investors now it stands at about 30% and institutional investor portion increased from 30% to roughly 70%.
Datuk Seri,
17 years has passed. Retail investors finally have come back to the market as income and savings has increased over the years and also because they had no other place to invest. For example commodity investment such as gold is becoming too risky because the price of these commodities has increase drastically. The same goes as with Property and Real Estate Investments. In addition our people are not well equip to compete with foreigners for investments in derivatives, i.e forex, futures and etc.
Attached is the IPO performance facts in Bursa Malaysia ended on June 2nd, 2014. It clearly showed good listing performances with premiums for each IPOs since the beginning of 2013 on its’ debut day. The profit ranges from 2% to as high as 160% on the listing day and of course it is definitely a good, low risk and profitable investments.
The following I attach the fact sheet of the latest IPO - REACH ENERGY BERHAD that will be listed on the main board of Bursa Malaysia on 15 August.
In a Press Release issued by the Malaysian Issuing House (MIH), we can see that 23 821 people applied for a total of 857,295,800 shares and only 3,208 investors succeeded with allocation of only 20,000,000 million shares of the company issued from the total of 1,000,000,000 new shares. This is only a mere 2% of the total allocation. Are they giving it just to satisfy the requirements or in a Malay proverb “melepaskan batuk di tangga”? Where is the rest of the 980 million allocations goes to?
Let say 30% were allocated to the retail investors, the total is 300 million shares and it is still much lower than the 857,295,800 units of applications.
Datuk Seri, isn’t improving the economy of the 23,821 retail investors is much better than increasing 3,208 people only?
I think with the current demographic situation of 50% should be allocated to the public investors totaling 500 million shares. 500 million units are actually half of the entire application, as we can see in the above fact sheet.
![]() |
List the provisions of 10 million shares to Bumiputera |
In this chart clearly shows that only 14% of 1,597 investors allocated 10 million units of the 10,839 people who applied for the investors. Usually from my observations in the range 15,000 investors applying for an IPO shares. Maybe this time it is low because it was open for subscription during the Aidil Fitri festivities.
Here also we can see that 11 of the 14 investors who seek one million units by placing the capital of RM750,000.00 but unfortunately only 11,000 units allocated to them. Isn’t that funny? An allocation of 1.1%.
![]() |
List the provisions of 10 million shares to non-Bumiputera |
Datuk Seri,
For the allocation of Non-Bumiputera investors, the same thing happens. Demands are much higher than supply. Usually from my observations of IPO applications for Non-Bumi stands around 50,000 applications. Maybe many have given up because of this scenario. Maybe it's just a waste of time for them to apply the IPO.
Worse still, unlike most IPO’s where there are certain part of the shares (usually around 10 to 12.5%) allocated to Ministry of International Trade and Industry (MITI) which in turn will allocated the units to Bumiputera investors, but this did not happen to this stock.
Why?
In my opinion these days the Institution and Bank Advisors has become greedy. All they think is their livelihood without thinking of the fate of many retail investors who are mostly without a decent alternative to carry out their investment. If this situation prolong I believe they will continue to invest in overseas financial instruments, Forex, Derivatives or even Ponzy scheme and many others which simply will not benefit any parties.
However, if the Datuk Seri, as the Finance Minister understood and took action by changing the IPO structure policy, then InsyaAllah it will change the landscape of this industry as a whole. Many retail investors be it Bumi or Non Bumi will ripe its’ benefit. Dealers and Remisiers like me will be able to increase our revenue. Market players, Asset Management Companies, even the listed companies will cherish and at the same time institutions will still get fair share from the open market. Bursa will have its’ velocity and liquidity and this in turn will attract foreign investors to invest in Bursa.
For instance, If 3 billion Felda Global Ventures (FGV) shares were allocated to 3 million investors with 1000 units at a price of RM4.55 and it opened at RM5.30 on listing day, then every one of the 3 million investors will make a profit of RM750.00. So would it be the same as the provisions of the BRIM? However, in contrast to the BRIM they can apply for the next IPO shares and get the profit again for each of the IPOs listed on Bursa Malaysia.
This will provide approximately RM2.25 billion additional spending power, which can boost the economy through consumer spending. That is just for ONE listing!
In addition to these changes would open the eyes of many retail investors to enter the market indirectly by increasing capital market and make Bursa Malaysia stronger and bigger until it appeared in the eyes of the world. Increase the capital market will bring benefits to many people and it will also attract foreign investors to invest in a country that we love.
Thus, once again, I recommend that a policy is developed in which the allocation of IPO shares is increased to 50% to retail investors in order to achieve the objectives described in this letter.
I pray that this letter will reach Datuk Seri and I hope that Datuk Seri will take further action for the betterment of the investment community in particular and for the betterment of Malaysians in general.
Selamat Hari raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. InsyaAllah, I will be at your Hari Raya open house at PWTC.
Thank you,
Yours sincerely.
Faizal Yusup
016 6667430
www.faizalyusup.net
Footnotes;
For those who read this letter and agree with me, please do share it and hope that it reaches the Prime Minister. Let’s hope and pray that this proposition will be carried out for the benefit of all. Let the people’s power make its mark! Thank you.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Paling Viral Minggu Ini
- Benarkah Pasaraya GIANT Tipu Pelanggan? Lihat Bukti-Bukti Yang Dilampirkan Ini!
- Benarkah Manager McDonald's Tidak Benarkan Pekerja Solat Jumaat? Baca Pendedahan Ini
- Undang-Undang Terbaru Di China Ini Amat Melampau, Memang Benci Betul Mereka Dengan Islam!
- Alhamdulillah, Inilah Cerita Di Sebalik Perkahwinan Semula Adam AF dan Fiza Elite
- Kisah Lelaki Ini Pasti Membuatkan Anda Berhati-hati Apabila Membeli Handphone! (10 Gambar)
- (VIDEO) Haritu Kes Steering Lock, Kali Ini Lihat Apa Yang Pemandu BMW Ini Lakukan. Sungguh BIADAP!