Alhamdulillah, Inilah Cerita Di Sebalik Perkahwinan Semula Adam AF dan Fiza Elite

Tahniah buat pasangan Adam AF dan Fiza Elite yang dilaporkan telah mendaftarkan rujuk semula perkahwinan mereka pada 19 Julai lalu di pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam, Selangor sekitar jam 11 pagi.
Perkembangan terbaru ini merupakan satu khabar gembira buat peminat mereka yang tidak pernah lupa mendoakan penyatuan Adam AF dan Fiza Elite semula.
Menurut Adam, tindakan mendaftarkan rujuk semula berlaku kerana cinta yang masih amat mendalam antara mereka berdua.
Tambah Adam, sejak bercerai beberapa bulan lalu, mereka banyak bermuhasabah diri, menilai kesilapan masing-masing dan cuba memperbaiki setiap kelemahan.
Sementara itu, Fiza Elite secara terbuka memberitahu teruja untuk mengerjakan umrah bersama suaminya.
Untuk pengetahuan, pasangan Adam dan Fiza telah bercerai pada 28 April lalu iaitu tujuh bulan selepas mendirikan rumahtangga. Mungkin kerana jodoh mereka masih panjang, dua selebriti popular ini telah disatukan semula.
ADA SEBARANG KOMEN??
Paling Viral Minggu Ini
- Pengetua Terpaksa Menjadi Bidan Apabila Seorang Guru Wanita Bersalin Di SMK Taman Desaminium
- Awas! Jangan Berhenti Kalau Anda Terserempak Lelaki Ini Di Atas Jalan Raya, Kalau Tak.... (5 Gambar)
- Jawapan Ustaz Azhar, Hukum Makan Burger "FREE" Yang Disponsor Israel Ini Bakal Membuatkan Anda SENTAP!
- SUNGGUH MELAMPAU! Permainan Android Ini Menggalakan Anda Supaya Mengebom Bumi GAZA!
- Baca Apa Yang Berlaku Apabila Buaya Gergasi Dibawa Menaikki Van Di Manila!
- Cerita Sebenar Gadis Cun Berkebaya, Fatin Ilani Di Pencakar Langit

