Cerita Sebenar Gadis Cun Berkebaya, Fatin Ilani Di Pencakar Langit

Beberapa keping gambar seorang gadis lengkap berpakaian Muslimah dan bertudung di atas sebuah pencakar langit dengan memegang mesej keamanan di Gaza berjaya mencuri perhatian dan ramai yang bertanyakan sama ada ianya benar diambil dari sudut bangunan tinggi atau sekadar helah suntingan Photoshop. [ LIHAT 7 GAMBAR EKSLUSIF , KLIK SINI ]
Bercakap kepada SAYS.com hari ini, jurugambar Keow Wee Loong menceritakan pengalaman beliau memanjat sebuah bangunan yang enggan didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur bersama seorang gadis bernama Fatin Ilani.
Keow Wee Loong mendedahkan yang beliau terkejut dengan keputusan gadis itu untuk bersama memanjat kerana berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan ketinggian namun ianya berbeza dengan Fatin Ilani.
Fatin Ilani yang turut dutemubual berkata beliau bersetuju untuk menyertai aktiviti ini hanya kerana Keow Wee Loong yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan tidak akan sesekali bersetuju jika diajak orang lain.
“Saya pun tidak percaya yang saya mampu untuk memanjat sampai ke puncak,” ujarnya yang turut memberitahu ‘pendakian’ mengambil masa 45 minit dan dilakukan dalam persalinan kebaya penuh.
Meninggalkan komen di ruang Facebook rasmi kami, Fatin Ilani berkata tindakan beliau itu adalah sebagai respons kepada perhimpunan Save The Children Of Gaza yang dianjurkan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu yang mana beliau melihat ramai anak muda turun hanya untuk mengambil gambar bersama selebriti sebelum terus meninggalkan lokasi.
Sumber:apahell.blogspot.com
ADA SEBARANG KOMEN??
Paling Viral Minggu Ini
- Pengetua Terpaksa Menjadi Bidan Apabila Seorang Guru Wanita Bersalin Di SMK Taman Desaminium
- Awas! Jangan Berhenti Kalau Anda Terserempak Lelaki Ini Di Atas Jalan Raya, Kalau Tak.... (5 Gambar)
- Jawapan Ustaz Azhar, Hukum Makan Burger "FREE" Yang Disponsor Israel Ini Bakal Membuatkan Anda SENTAP!
- SUNGGUH MELAMPAU! Permainan Android Ini Menggalakan Anda Supaya Mengebom Bumi GAZA!
- Baca Apa Yang Berlaku Apabila Buaya Gergasi Dibawa Menaikki Van Di Manila!
- Cerita Sebenar Gadis Cun Berkebaya, Fatin Ilani Di Pencakar Langit