Anda Nilaikan Sendiri, HSBC Tampil Jawab Isu Tutup Akaun NGO.. Hmm

SHAH ALAM – HSBC menafikan tindakannya menutup beberapa akaun pelanggannya yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam adalah satu bentuk diskriminasi.
HSBC dalam satu kenyataan melalui HSBC Bank Malaysia Bhd semalam berkata, keputusan menghentikan hubungan dengan pelanggan bank itu tidak diambil ringan dan sama sekali tidak berdasarkan bangsa atau agama pelanggan.
“Diskriminasi terhadap pelanggan berasaskan bangsa atau agama adalah tidak bermoral, tidak boleh diterima dan tidak dibenarkan dari segi undang-undang,” menurut kenyataan itu.
HSBC berkata, bank itu mempunyai peraturan dan dasar menyeluruh yang diguna pakai untuk memastikan keputusan perbankan tidak dibuat berdasarkan faktor bangsa atau agama.
HSBC bagaimanapun enggan mengulas berhubung akaun tiga NGO Islam di United Kingdom (UK) yang akan ditutup itu.
Namun menurut HSBC, bank itu didenda sebanyak AS$1.9 bilion (RM6 bilion) pada Disember 2012 oleh pihak berkuasa UK dan Amerika Syarikat serta perlu menandatangani perjanjian pendakwaan tertangguh.
“(HSBC) menjalankan program penilaian strategik dalam semua perniagaannya. Berdasarkan penilaian berterusan ini, kami telah menamatkan hubungan dengan pelanggan individu dan perniagaan di lebih 70 negara.
“Perkhidmatan (perbankan) yang kami berikan kepada pertubuhan kebajikan tidak dikecualikan daripada penilaian di peringkat global ini,” menurut HSBC. – Sinar Harian Online
ADA SEBARANG KOMEN??
Paling Viral Minggu Ini
- Pengetua Terpaksa Menjadi Bidan Apabila Seorang Guru Wanita Bersalin Di SMK Taman Desaminium
- Awas! Jangan Berhenti Kalau Anda Terserempak Lelaki Ini Di Atas Jalan Raya, Kalau Tak.... (5 Gambar)
- Jawapan Ustaz Azhar, Hukum Makan Burger "FREE" Yang Disponsor Israel Ini Bakal Membuatkan Anda SENTAP!
- SUNGGUH MELAMPAU! Permainan Android Ini Menggalakan Anda Supaya Mengebom Bumi GAZA!
- Baca Apa Yang Berlaku Apabila Buaya Gergasi Dibawa Menaikki Van Di Manila!
- Cerita Sebenar Gadis Cun Berkebaya, Fatin Ilani Di Pencakar Langit