JANGAN TERKEJUT! Jawapan Astro Terhadap Tindakan Serah Kontrak Lumayan Kepada Syarikat Israel..
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi menerusi akaun Facebook beliau yang mendedahkan bahawa syarikat televisyen satelit swasta Astro telah menganugerahkan satu kontrak lumayan kepada sebuah syarikat Israel, Amdocs.
Tindakan itu dikatakan kurang sensitif memandangkan sikap Israel yang ganas terhadap masyarakat Islam Palestin.
Melalui kenyataan itu, Astro mempertahankan perbuatan mereka menyerahkan kontrak lumayan tersebut kepada Amdocs.
Berikut adalah kenyataan ringkas yang dikeluarkan Jabatan Komunikasi Koorporat Astro bagi menjawab pertanyaan yang dikemukan Dr Asyraf yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO;
Amdocs merupakan peneraju pasaran global bagi perisian serta perkhidmatan untuk penyedia perkhidmatan dalam industri komunikasi, media dan hiburan.
Ibu pejabat utama syarikat ini terletak di Amerika Syarikat dan ia tersenarai di Bursa Saham NASDAQ.
Ia mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 70 negara.
Syarikat tersebut juga mempunyai pejabat dan operasi penyelidikan di seluruh dunia dan seperti kebanyakan syarikat antarabangsa lain, mempunyai anak syarikat di beberapa negara.
Astro melantik Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil.
Anak-anak syarikat Amdocs yang dilantik telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia. – Astro Corporate Comm Dept.
sumber: Mynewshub.my
ADA SEBARANG KOMEN??
Paling Viral Minggu Ini
- Pengetua Terpaksa Menjadi Bidan Apabila Seorang Guru Wanita Bersalin Di SMK Taman Desaminium
- Awas! Jangan Berhenti Kalau Anda Terserempak Lelaki Ini Di Atas Jalan Raya, Kalau Tak.... (5 Gambar)
- Jawapan Ustaz Azhar, Hukum Makan Burger "FREE" Yang Disponsor Israel Ini Bakal Membuatkan Anda SENTAP!
- SUNGGUH MELAMPAU! Permainan Android Ini Menggalakan Anda Supaya Mengebom Bumi GAZA!
- Baca Apa Yang Berlaku Apabila Buaya Gergasi Dibawa Menaikki Van Di Manila!
- Cerita Sebenar Gadis Cun Berkebaya, Fatin Ilani Di Pencakar Langit

